Sunday

ceritera yang penuh di dalam dan luar kotak offline messages

Di pagi ini adalah permulaan awal hari pertama di minggu kelima dalam semester terakhir aku. begitu cepat masa berlalu pergi meninggalkan aku, manusia yang terlalu dahagakan kelapangan masa.

terima kasih kalian, terutamanya nyetok kerna sanggup menunggu update aku yang sedikit lambat. dan terima kasih Tuhan, kerna beri aku kekuatan untuk menaip entri ini.

hari selasa yang lepas, aku sempat mendownload windowblinds yang terbaru. ini figure yang aku rasakan cukup kool untuk dikongsi bersama kalian. aku suka dengan theme molten. lihat saja monitor aku yang sudah ditransformasi menjadi sangat kool. lihat dragon yang sedang bertenggek di atas window start itu? huhu, itulah binatang ternakan terbaru aku. kalian tidak dapat melihat aksi binatang ternakan aku menari2 di atas sana apabila aku mengklik saja window start. bagi sesiapa yang mahu mencuba menjadi kool seperti aku selama 30 hari (trial aja la wehh. ingat senang2 ke orang nak bagi free benda yang kool? sapa yang beli wiindow blinds neh, jangan sep. kongsi2 ngan aku..huhu), sila ke sini.

di kesempatan cuti, aku sempat menunaikan nafsu perut; memenuhi sistem penghadaman dengan keenakkan mee sizzling ipoh. sehingga sakit2 perut. rasakan kau perut! haha. episod cuti 5 hari akan aku gebang2kan kemudian di entri akan datang.

setelah 5 hari bercuti sakan, kotak offline messages aku dipenuhi dengan banyak benar cerita-cerihik. pertama, tentang Dr. Luay. seorang lecturer skul bahan telah meninggal dunia tengahari tadi. aku memang tak kenal, tetapi pernah mendengar namanya disebut2 dalam sumpah seranah senior bahan bilik aku suatu ketika dahulu. lantas, aku khabarkan kepada senior aku tentang berita itu.

cuak jugak eh bila orang yang kita kutuk tu tiba2 plak mati? tak sempat nak mintak maap. huhuuu..~

cerihik apa lagi? woo, tentang cik siti yang semakin kembang2 itu rupanya.. aku pasti kalian sudah melihat gambar yang sudah tersebar merata di segenap ceruk Malaya mengenai penampilan khas bertudung yang aku rasakan gimik picisan semata2. serius, aku tak pernah meminati peribadi dia. tak pernah. jujur hanya sekadar sekali sekala bersiul-siulan menyanyikan lagu dia.

itu hak cik siti. eh, datin seri siti. apa yang dia buat, akan dapat perhatian. jangan katakan dia tidak tahu pengertian bertudung. semua orang tahu dia pernah bertudung 'molek' semasa zaman sekolah, bahkan semasa dia mengaji di TV suatu ketika dahulu.

perlu diingatkan 'molek' itu dalam erti kata tutup sempurna, kalian. persis di zaman sekolah kau dahulu. bukan sekadar menyarung kain berlabuci di kepala rekaan pereka terkenal pilihan mak2 datin; namun urat rambut masih lagi nyata kelihatan.

gembirakah kau siti bila orang sibuk memperkatakan tentang kau? gembirakah?

aku yakin kau sedang tersenyum di kala ini. tahniah buduh untuk kau.


arrghh, persetankan tentang episod kisah siti dan tudung2 tak sempurnanya. apa lagi di kotak offline aku?

ermm.. tiada apa2.. hanya sampah sahaja yang tinggal..

tiba2 saja. maseh ingatkah kalian dengan entri terdahulu aku berkenaan fotografi? yang aku mahu menaip tentangnya, tetapi sudah mengantuk ketika itu? ah, lupakan saja repekan aku ini. sebenarnya, sebelum keberangkatan aku ke rumah, mohdismail ada memforward satu laman web yang sudah lama2 aku nanti2kan. suatu mimpi khayalan aku tiba2 saja menjadi nyata. dan mimpi aku itu telah direalisasikan oleh Aizuddin Saad, seorang krew Candid Syndrome sebagai junior wedding photojournalist. idea beliau yang diberi nama veryfresh photojourney adalah berkisar tentang sebuah projek kumpulan pengembaraan fotografi yang dilakukan oleh beserta teman2 yang punya impian yang sama untuk mengelilingi dunia. klik saja di nama beliau itu dan baca selanjutnya. kemudian kembali kalian ke laman ini.

berminat? jangan tanya aku, kerna aku sudah pasti sangat2 berminat. telah aku katakan, ini adalah impian aku.

dan cuma selepas grad, aku perlu grab sebijik dslr sebelum kelilingi dunia.


wahai dunia, tunggu aku!!

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

tak sangka ye ada gak orang yang mempunyai impian seperti saya. sebenarnya saya memang nk lakukan projek seperti nie tetapi byk perkara yang saya harus lakukan untuk persedian terutama dari segi peralatan, kewangan, mental & fizikal dan sebagainya. Sekarang nie, saya sedang berusaha mengumpul duit untuk membeli peralatan terutama kamera kerana 1 kamera sahaja tidak mencukupi. Selain itu, mental dan fizikal kena strong gak. Pernah jadi homeless? Saya sudah mengalaminya.. dan ianya perkara biasa bagi diri saya. Yang penting disini, semangat, ketekunan, jgn mudah putus asa dan bersikap positif. Itulah perkara yang sgt tekankan kalu nk join projek nie. Be brave.. segala yg mustahil pasti menjadi kenyataan.

Nyetok said...

da add ur link to my blog..

aku pon dlu pnah gne Stardock produk neh, kdg2 bengang gak, CPU performance jadik low

penkek said...

trimas nyetok.. ;)

ermm, btul tu..tapi stakat aku pakai stardock ni, performance ok ajer.. :)

semalam, aku tinggalkan