Monday

Wish List

I wish I could take a very long holiday... stay far away from my workloads..

I wish I could go to the beach at the sunset..

I wish I could watching the sunset with him, walk beside him along the beach side, hold his hands, watch his pure smile and hope that day will not end....



Nampaknya aku perlukan cuti.

Wednesday

Loser.

Aku terasa macam nak delete blog ni. sebab dah bersawang dan tak bernyawa. Tapi memikirkan betapa precious nya hasil tulisan di zaman jahiliah dulu (sekarang pun masih jahiliah juga), mengenangkan betapa enaknya saat2 menjadi student, langsung tak jadi..

Sejak berupaya menjadi separa-independent, aku selalu saja buka blog aku sendiri setelah mendapat inspirasi terkesan membaca blog orang lain. Minda menyumbat2 idea yang datang secara tiba2, seolah2 berbisik2 di telinga, tapi output KOSONG.

Ermm, mungkin esok saja.

Dan frasa 'esok saja' itu merangkak sehingga menjengah 3 bulan 6 hari; termasuk hari ini. Haih, aku seorang loser. Tak berupaya untuk komited dengan satu-satu kerja.

Betul ke aku benar2 seorang loser? Uisshh, mintak lah dijauhkan...syoh syoh.

Dan sebenarnya aku bosan malam ni. Kerna itu aku rindu bangat sama Encek dd. kasihan kerna aku marah dia sebelum dia pegi dinner kompeni. jenuh berusaha untuk menjadi kaunselor percuma aku, tapi tak berjaya. maafkan saya Encek dd, mood saya lari hari ini..

Ok. Cukup satu entri untuk memusnahkan frasa 'esok saja' itu. dan 'esok saja' itu rasanya perlu ditukarkan kepada 'hari ini'. Wah, seperti dalam buku-paksa-baca Sense of Urgency, karya John P. Kotter.

Haih, terpikir kerja lagi...Langsung sudah.


Friday

gatal dan berbulu

Jari jemari sudah gatal2 mahu menekan butang kamera. mata berbulu melihat gambar2 lama yang terperosok dalam pc. terasa mahu ke tempat yang indah hujung minggu ni. tapi dengan siapa? mahu ke mana? aissh, tak boleh jadi ni. otak kena ligat bekerja. rancangkan ke mana mahu pergi, sementara poket masih kembung berisi.

Perak amik cuti umum Selasa depan, sempena 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku. tapi patik sambut di tempat lain lah ya..Trimas pada Nizar kerna perkenan cuti hamba. bertambahlah lagi kemalasan tahap gaban walhal boss dah nak tunjuk muka minggu depan.

Sudah. gua malas nak taip. adios semua.


semalam, aku tinggalkan