Wednesday

Opah

semalam aku dikejutkan dengan panggilan daripada apak. ya, apak itu samalah juga maksudnya dengan abah, ayah, aki atau yang seumpama dengannya. itu gelaran yang dipanggil oleh kebanyakan orang perak.

buat mereka yang tidak tahu.

berbalik pada pangkal cerita. apak memberitahu bahawa opah sedang sakit tenat. namun semalam opah nampak sudah sihat sedikit. sudah mampu untuk makan yang disuap oleh mak. jika tidak, sesuap nasi pun tak lalu untuk opah telan.

walaupun suara apak mengkhabarkan berita tentang opah sangat tenang, tetapi hati aku pula sebaliknya. dan aku cuba menyembunyikan kerisauan itu dengan suara lebih kool. satu persatu aku aturkan percakapan sewaktu berbual dengan apak.

"kalau boleh, cubalah cari masa untuk balik jenguk opah."

"tengok dulu yer apak. bukan tak mahu balik, tapi ada projek kena anta senin depan. kalau sempat, orang balik."

sebenarnya sewaktu akhir2 hari aku di rumah minggu lepas, opah sering terbaring di katil. katanya menelan ubat sakit gastrik, dan cirit-birit adalah signifikasi ubat tersebut. tapi aku lihat opah berbaring sehingga tak mampu bangun. teruk sungguh cirit-biritnya. sehingga opah takut untuk makan. jika makan sedikit, pasti akan cirit.

dan aku sebenarnya sangat2 risau. dahulu, aku tak sempat berjumpa dengan arwah kakak aku semasa dia sihat. aku hanya dapat menatap arwah semasa dia sedang koma dan menghembuskan nafas terakhirnya di rangkulan aku. dan aku tak mahu peristiwa yang sama berulang lagi.

Tuhan, berikan aku kekuatan!

No comments:

semalam, aku tinggalkan