oh, aku rasa seperti setahun aku tidak menaip blog. beberapa hari ini aku diserang virus influenza dan batuk2, menyebabkan aku kehilangan satu deria buat seketika. dan aku juga hilang koordinasi antara otak dengan lengan dan kaki. aku tahu apa yang aku fikirkan, tetapi tangan dan gerak kaki aku menghala ke arah lain pula. haiyoo..hari minggu aku yang lalu terisi kerna aku ke Lost World of Tambun atas ajakan teman2. kami bertolak seawal 8.30 pagi dan sampai kira2 pukul 11 pagi. setelah berendam kira2 5 jam untuk mengecutkan jari2 tangan dan kaki, perut diisi pula dengan hotdog panas dan onion ring. perrghhh, layan sedap. lewat petang pula aku membawa teman ke Gerbang Malam. zamm sempat mencekau sehelai jeans season. memang molek benar pada dia. aku pula akhirnya merembat t-shirt Transformers setelah berkali2 bertekak mahu mendapatkan harga yang lebih murah. brader di Gerbang Malam memang kental2 semua hatinya. langsung tak termakan pujuk rayu aku. sudahnya, aku juga yang mengalah. hahaha.
oh, si dia juga ada bersama. ngeh, ngeh..
sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku sampaikan berkenaan fotografi. memang menarek, tetapi mata aku sudah berat mahu terkatup; penangan Panadol ActiFast 2 biji yang baru sahaja aku telan. aku sudah tak mampu untuk menaip.
ermm, lain kali saja. esok aku pulang ke Ipoh, kerna kempunan mee sizzling di Ipoh Parade. aduhai!!
Salam tahun baru buat semua sebelum aku pulang..

3 comments:
TQ yea..biase la.ak ikut saranan billgates dlm paper smlm. :)..wah mu pon sakit yea.ramai da org2 sakit.musim kesakitan kembali menjelma..kool la mu pnya blog.aja la kawe.hehe :)
ActiFast + hundred plus = lg mujarab..
Smoga cpt sembuh
Aku tunggu update ko wahai penkek oiii
Post a Comment