semalam aku check duit. alhamdulillah, duit dah masuk. syabas dan terima kaseh kepada kaki dan tangan PTPTN kerna menjalankan tugas dengan penuh efisien. syukur, aku memang dah lama merancang mahu menukar seluar lusuh aku tuh. dah keras semacam je aku pakai.
hari ini aku nak rilek2 skit. malas nak menghadap bikar yang macam2 saiz, pipet yang buat jari aku sakit dan kebas2, solvent yang berbau 'alahai!!', shaker yang slalu direbut2, dan akhir skali si sampel yang slalu buat hal. hari ini aku tau mahu ingat benda2 itu semua. boleh blaahh semuanya. dan paling menyampah, esok kelas bakal bermula.
dan hari ini juga aku keseorangan lagi. rakan sebilik hilang entah ke mana. ke lab lagi, mungkin. kasihan sebenarnya aku melihat dia. berhempas pulas membuat fyp. syukur kerna fyp aku tak perlu bermain dengan fungi, bakteria mahupun yang seumpama dengannya. syukur sekali lagi.
keseorangan ini membuatkan aku malas mahu membuat apa2. dan selalunya emosi blues yang akan selalu menyinggah. aiiskk, ni yang buat aku lemah ni. dan serta merta aku bagai mahu berjumpa dengan si dia. aiiskk, pelik betul emosi ni.
aku mungkin tak akan berjumpa dengan dia sehingga tahun hadapan lantaran si dia banyak bekerja di luar dan cuti aku dan dia juga tidak sama. duhh, mampu ke aku bertahan ni? selalunya selain katil di rumah tempat pemulihan jiwa aku, si dia juga tempat aku mengadu. rasa sakit, marah dan segala sifat mazmumah lah yang bersarang dalam hati aku ni. syukurnya aku kerna punya si dia. syukur buat, err.. ntah ke berapa kalinya.

aku juga bersyukur kerna dikurniakan apak yang sentiasa buat aku ketawa setiap kali aku pulang ke rumah. dan juga punya mak dan opah yang lembut bila memberi nasihat. adik beradik yang cool dan telatah anak2 buah yang sememangnya menggelikan hati. terasa terlepas semua beban di bahu aku bila melihat mereka. tak lupa juga teman2 yang sentiasa berada di sisi.
lihat dunia, aku dikelilingi oleh orang2 yang hebat!!
lihat dunia, aku dikelilingi oleh orang2 yang hebat!!
dan di tengahari yang panas terik ini, aku panjatkan rasa kesyukuran. rasa syukur yang tak berpenghujung.. oh, terima kasih Tuhan!!

No comments:
Post a Comment