Hampir seminggu aku bercuti. pulang sempena hari Raya Korban dan juga bersibuk2 untuk menyibuk di hari Christmas. oh, selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Hari Natal. seperti biasa, shopping complex dipenuhi dengan orang yang mahu beraya, tak kurang juga dengan orang yang tumpang sibuk menyesakkan keadaan, termasuklah aku. memang begitu adatnya, tak kira apa jua perayaan sekalipun. ditambah pula dengan sale yang menggila, arrghh.. shit!! aku memang tak berapa suka dengan keadaan sesak begitu. parking jangan kau harap nak dapat dalam tempoh lima minit, kecuali jika nasib benar2 baik.tapi aku harung juga di tengah2 lautan manusia untuk mencari seutas jam tangan. sebelum duit masuk dulu, aku sudah berkira2 mahu rembat satu. jam tangan guess kesayangan aku dah lingkup. dah usang sangat agaknya. dah tak mampu nak berdetik lagi. sedar tak sedar, hampir 13 tahun jam tangan pemberian ayah saudara aku tu aku pakai. dah ganti bateri pun tak gerak2 jugak. tiba2 aku rasa jam rosak macam manusia; ganti jantung baru pun bukan boleh dapat hidup balik. ermm, metafora yang ntah haper2 ntah aku cipta.
ape2pun, akhirnya rembat jugak aku jam Alba. tu pun kakak aku yang suh aku beli. aku minat jam tangan Tissot, tapi mampu ternganga jer bila tengok harga (moral of the story:jangan selalu berangan!haha). dan melayang jugak la not berkeping2 aku dibawa pergi oleh tauke kedai tu. tapi takpe la, aku memang puas hati dengan jam tangan baru ni.
hajat hati mahu rembat Levis, tapi tak ada yang berkenan. jadi aku terus telefon member2, ajak keluar. aku bosan makan sorang2. sebab nanti aku rasa semua orang tengok aku, walaupun tak ada pun yang mahu pandang. entah jeling pun tidak. jadi aku tak mahu perasan sorang2. haha.. selepas puas memujuk dan berkira2 dengan member2, dapat juga aku himpunkan 3 orang. huhu. perut sudah berkeroncong hebat. aku berkira2 mahu menelan pizza se'pan' dua. tetapi rakan2 aku mengajak makan di Johnny pula. terpaksa la aku ikut suara majoriti.
seumur hidup aku tak penah makan di Johnny. apa yang best di Johnny? menurut kata member aku, bot stim yang paling sedap (pening bukan bila dialihbahasakan bulat2? haha). jika mahu makan nasi2 bergoreng, baik saja ke kedai siam yang bersepah2 di tepi jalan. itu lebih sedap. aku angguk saja. kami menempah set untuk 4 orang (kerna adik kawan aku turut serta). kata kawan aku lagi, jika nanti sudah biasa makan disini, boleh la berjinak2 untuk memilih steamboat secara berasingan. tapi nasihat aku, jangan suka2 hati memilih tanpa menjeling pada harga terlebih dahulu. siap2 haribulan, bil yang datang boleh membeliakkan mata kalian.
mungkin kerna perut aku terlalu kepingin makanan, jadi aku rasakan steamboat Johnny itu seperti nikmat yang turun dari syurga. sungguh!! tambah sedap kerna aku memang suka bau bawang putih dan cili padi tumbuk yang boleh ditambah sesuka hati di dalam sup steamboat aku. duhh, memang sedap. member aku ajar cara merebus benda2 tu. fish ball dan seumpama dengannya masuk dulu, sayur kemudian. nanti takut lembik..
sumpah, itu pun aku tak tahu.
dan di akhir makan2 kami petang itu, member aku pecahkan telur di dalam sup steamboat. biarkan ia berenang2 seminit dua, angkat dan terus makan sementara kuningnya masih lagi lembik. pergghh, nikmat!!
siapa yang suka makan steamboat dengan atmosfera yang menarik dan selesa, Johnny's restaurant mungkin boleh menjadi pilihan.
telah aku katakan dulu, aku memang suka makan. dan aku telah dapat port makan baru. trimas dude!!


No comments:
Post a Comment