salam pagi sabtu hening yang ceria (cerialah hendaknya..)aku baru sahaja habis melihat gadis2 comel di America's Next Top Model untuk musim yang kesembilannya. tahniahlah kepada si Saleisha, walaupun dia bukan favourite girl aku. tapi dia memang layak untuk menang, aku mengaku. aku lebih suka chantal. dia memang chicky. huhu...
petang tadi aku selamat menganalisis reactive extraction hasil bantuan pinjaman kunci lab dari kak zali. selalunya aku pinjam kunci lab dari kak yasmin, tapi dia kat KL plak. naseb dapat pinjam kunci. kalau tak, nampak gayanya burn lagi lah aku punya sampel. sadis, aku 'adik yatim' di antara student di bawah Dr. Azlina. kak nida, kakak master aku dah dapat kerja di petronas. yang lain semua ada assistant. tinggallah aku terkontang-kanting sorang2. kadang2 tension jugak. yelah, kat lab tu takde sape yang boleh diajak berbual. ohh, sekarang ni anak Dr. Azlina dah ada kawan. group tesis mungkin. sama macam aku masa di mrsm dulu. huh, teringat pula zaman dulu2. heh..
masa di lab tadi aku mencuri dengar perbualan anak Dr. Azlina dengan teman2. bukan aku nak dengar sangat, tapi radio yang ada kat lab tu tak berbunyi pulak hari ni. jadi yang berbunyi cuma suara diorang dan kadang2 ada jugak bunyi lagaan sudu dengan bikar. tu aku punya kejalah tu. tengah menimbang Xylose kat belakang diorang. haha..
Anak Dr. : ko rasa sempat ke kita buat 2 jam ni? aku takut tak sempat. hari ni kan nak semayang jumaat..
Teman 1 : Insya Allah sempat. sempat tak sempat, tu semua kan Dia tentukan. Kun fayakun, (jadi, maka jadilah). tu janji Dia. ko tak ingat ustaz penah cakap pasal tu?
Fuh, dah lama aku tak dengar budak muda cakap macam tu. aku kagum. baru aku sedar, masa aku di mrsm, selalu sangat dengar orang cakap macam tu. tapi sekarang aku rasa dah semakin jauh. jauh dan jauh.. mungkin aku dah mulai pekak atau buta tuli dengan hal2 keagamaan?
kepada teman 1, terima kaseh kerna berjaya mencelikkan hati orang yang jahil macam aku pada hari ini.
dan esok, aku maseh ke lab. dan juga mahu memeriksa adakah sudah masuk PTPTNku. semoga duit sudah masuk. Jika dia mengkehendaki, maka jadilah. Insya Allah!
kepada teman 1, terima kaseh kerna berjaya mencelikkan hati orang yang jahil macam aku pada hari ini.
dan esok, aku maseh ke lab. dan juga mahu memeriksa adakah sudah masuk PTPTNku. semoga duit sudah masuk. Jika dia mengkehendaki, maka jadilah. Insya Allah!
No comments:
Post a Comment