Thursday

kerna aku tak mampu...

Maaf..

itu saja yang aku mampu ucapkan. bukan aku tak mahu, tetapi aku tak bersedia. aku mahu menggapai impian aku dahulu. dan engkau tahu apa yang aku mahukan. selama ini aku hanya penuh berpura2. berpura2 untuk hidup gembira. gembira dengan apa yang aku lakukan selama ini. tapi percayalah, bukan ini yang aku mahukan. aku terpaksa.

kadang kala aku keliru dengan hidup aku. dan aku tak mahu engkau turut terheret dalam kekeliruan ini..

perjalanan kita masih jauh. dan aku tahu engkau juga punya impian. justeru engkau gapailah impianmu dan aku juga gapai impianku. berlarilah selaju mungkin; jangan biarkan diri tersungkur. dan dipenghujung jalan ini aku harap engkau akan terus setia menunggu.

aku yakin, suatu hari nanti kita pasti akan bersyukur dengan apa yang telah terjadi pada hari ini. percayalah!!

No comments:

semalam, aku tinggalkan