Friday

mendung

Jumaat. masih tiada gambar untuk dipost. external hard disk yang mengandungi semua gambar2 tak ternilai dipinjam orang. maaflah (untuk kali yang ketiga..)

pagi aku disapa dengan sakit perut yang teramat sangat. terganggu tidurku. cadangnya aku ingin ke lab, dan mungkin lab aku habis lebih lewat dari hari2 sebelumnya. cabaran untuk menggunakan shaker semakin hebat kerna ada orang baru yang turut serta. aku kira menggunakan shaker seperti satu illusion battle. tak nampak namun ia wujud. hahahaa. entahlah.

pagi hari ini mendung. mungkin juga semendung emosi aku. namun emosi aku kini lebih stabil kerna aku kerap pulang ke rumah. bilik aku di rumah kini menjadi tempat pemulihan jiwa. aku suka berbaring di atas katil sambil mendepakan tangan. bagai boleh memeluk semua impian dan orang2 yang aku sayang. gila, tapi benarlah there's no place like home.

sejak pertengahan umur 22 aku ini, sering saja aku diterjah emosi yang aku sendiri tak tahu puncanya. yang pasti, rasa itu tidak enak. aku sering saja mahu marah2. seperti ada yang mendorong aku untuk berperasaan sedemikian. duh, si syaitan gondol ini pandai saja mencucuk. paling malang, aku memang tak pandai meluahkan amarahku kepada sesiapa. dan akhirnya aku juga yang tewas dalam pertelingkahan emosi-emosi aku sendiri.

ini bukan aku. bukan aku. aku inginkan kehidupan yang tenang, jauh daripada kejutan dalam kehidupan. aku memang tak sukakan kejutan. simple, bukan?

tahun ke-22. kenangan pahit, silalah berlalu. aku tak mahu tahun ini dilabelkan malang buat aku.

dan aku, mahu pulang segera...

No comments:

semalam, aku tinggalkan