Maaf kerana tidak lama menaip. hujung minggu lepas aku pulang ke kampung, rutin seperti minggu2 sebelumnya. aku pulang ke sini pada hari isnin, dan petangnya aku terus ke lab. bosan. Tuhan saja yang tahu. tapi kalau aku tak teruskan, bermakna bakal tak siaplah fyp.
seperti biasa aku naik bas lompat. dari ekspress ipoh ke kamunting, kemudiannya menaiki bas merah untuk ke parit buntar. dahulu semasa aku di mrsm, member2 yang berasal dari selatan tanahair kerap memanggil bas lompat sebagai bas ting tong. aku kira mungkin selalu menekan loceng bas agaknya. huhu..
bas merah.
nama sebenar, Red Omnibus Co. Sdn . Bhd. dah wujud sejak zaman sekolah mak aku. dan kini mak aku telah berusia 58 tahun. hoho, aku kira tiada lagi mana2 syarikat bas yang mampu bertahan sebegitu lama kat Malaysia ni.
apa yang aku suka pasal bas merah? pertama, kalau naik bas ni rasa macam nak ranap. untuk pengetahuan, syarikat Red Omnibus hanya punya satu bas yang ada air-cond untuk ke taiping. tapi aku lagi suka naik bas yang tak ada air-cond. aku kira bau rumput, getah busuk, tahi lembu dan sesekali mungkin juga tahi manusia dan seisinya lebih kool daripada bau air-cond. maka aku akan buka tingkap seluas mungkin supaya bau2 itu mudah menerjah ke lubang idung aku. haha.
kedua, menaiki bas merah tentunya seperti menaiki roller coaster. cuma membayar harga tiket RM3.95, sudah mampu menikmati pengalaman sebegitu. tak perlu bersusah payah ke funfair. kalau di fun fair dah tentu kalian membayar kurang2 4 token (satu token = RM2). tak percaya?
orang kata, pengalaman tak boleh dibeli dengan wang ringgit. itu memang tak boleh disangkal. melihat bermacam2 kerenah orang, dari yang kecik sampai la yang tua. melihat orang yang lagi susah dari kita, berjuang untuk survive dalam kehidupan; cukup menginsafkan aku. cikgu aku slalu pesan kat aku, dongak ke atas dan cuba untuk gapai impian. tapi aku rasa sekali sekala kita perlu juga tunduk mengambil pengalaman orang lain di bawah kita, supaya belajar lebih rendah hati. pernah aku lihat seorang ibu yang masih dalam pantang naik bas sambil membawa anak yang aku kira masih berusia beberapa hari. alahai!!
banyak yang aku belajar daripada bas merah. selain ia cuba untuk memendekkan hayat aku setiap kali aku naik, secebis pengalaman ini takkan aku lupa sampai bila2. melihat penumpang2 bas ini membuat aku makin lebih selesa tinggal di desa. aku masih ingat, dahulu aku liat benar untuk pulang ke kampung. tapi sekarang pantang mendengar mak aku membuat announcement untuk pulang. akulah yang akan paling seronok. dan sekarang ini aku masih juga tinggal di desa.
bas merah. kampung. dan secebis pengalaman tak ternilai..

No comments:
Post a Comment