Aku menaip entri lagi..
ketika ini roh dan jasad aku seolah2 terpisah dua. otak terasa gatal2 dan tak betul. fikiran aku jauh melayang ke rumah; mahu menjenguk opah yang sedang menderita sakit. namun jari-jari aku ligat menekan butang2 huruf di keyboard, menyiapkan tugasan design yang harus dihantar pada hari senin nanti. dan juga masih ligat menaip entri ini.
aku sayang opah. kerna dia yang menjaga aku sejak kecil. sikatkan rambut, bedakkan muka, gosokkan baju sekolah, basuhkan kain yang terkena kencing malam. semuanya dia. malah tidur sewaktu kecil pun bersama opah. pendek kata, masa kecil aku banyak dihabiskan bersama opah berbanding mak. terlalu banyak memori hidup aku bersama opah.
opah sudah menjangkau umur 89 tahun. sepatutnya aku sudah bersedia menerima ketiadaannya dalam usianya yang sebegitu. tapi, baru Tuhan menarik kesihatan yang baik daripada opah, aku sudah tak mampu menerima hakikat. aku tak boleh bayangkan jika opah tiada.
dan aku sering menjadi mangsa situasi sebegini.
hari ini perisanya pahit walaupun mentari terik memancar di luar sana.~

3 comments:
Takziah.. Semoga opah ko cepat sembuh .. Teringat plak kat nenek aku..
Banyakkan bErsabar.. TErima dengan sEadanya.. sEmua manusia akan kEmbali kepada-Nya...
dia yang menjaga aku sejak kecil. sikatkan rambut, bedakkan muka, gosokkan baju sekolah, basuhkan kain yang terkena kencing malam...terusik jiwa aku..my blog: Cabai Burung
Post a Comment