Friday

mari kita belajar berjalan

1.19 a.m.

Salam buat pagi yang masih lagi hitam pekat.

semalam aku sedikit rajin. rajin mahu menaip entri tentang rasa 2 kali sehari. tahniah kepada aku. mungkin juga aku bakal rajin pada hari ini. tunggu dan lihat saja.

aku baru sahaja selesai menonton National Treasure 1. masih dalam mood National Treasure lakonan Nicholas Cage, penangan semalam agaknya. haha. malam ini milo pekat bancuh sendiri dicicah dengan biskut berkrim coklat menjadi alas perut yang merengek minta diisi. layan sedap.

sahaja terdetik aku untuk meminjam kata2 dalam sebuah komik kesayangan aku, Aku dan Sesuatu, karya Aie. mungkin kalian pernah kenal artwork 'Kartini' yang agak popular suatu ketika dahulu dalam komik Ujang. kalau tak salah aku.

"sebuah perjalanan takkan lengkap tanpa berbekalkan secubit perjuangan."

ermm.

"sesuatu yang bakal kita tempuh kamu jadikan perjuangan. dan sesuatu yang telah kamu tempuh kamu jadikan ia sebagai pedoman sebuah perjalanan."

ermm. biasa dengar.

"dan di penghujung jalan perjuangan itu nanti, kamu akan sedar bahawa semua benda yang bersifat baru itu ada awalan dan akhirannya. jadi, kenapa kamu perlu takut untuk berjalan?"

aku suka frasa ni.

berjalan memang senang. hanya buka langkah, dan hayun saja kaki ke depan. ke belakang pun boleh. itu ritual yang sudah kita amalkan puluhan tahun. tapi untuk kumpulkan kudrat menggerakkan kaki itu yang payah. di mana aku boleh cari kudrat?

kau. berani harung? aku, .... entahlah.

aku sedikit risau bila mahu beranjak keluar dari konformiti. jika aku berani, sudah lama aku tinggalkan dunia spastik. berhenti belajar engineering dan kejar dslr pula. mula mengumpul gambar2 yang superb.

mungkin juga aku sudah begitu tegal dengan hidup di dalam zon selesa. dan sedari kecil aku dah dididik; berjaya itu perlu genggam segulung ijazah. perlu dapat job yang hebat dan miliki kereta mewah. jatuh adalah perkara yang sangat perlu dielakkan. jangan jatuhkan pointer.

ya, memang betul. tetapi mengapa sempit benar pengertian sebuah kejayaan?

bagi aku, kejayaan ialah bila berjaya untuk tidak hipokrit dengan diri sendiri dan orang lain, buat apa yang aku minat sampai aku mati. dan kejayaan itu didatangkan bersama dengan kebahagiaan. seronoknya hidup bila bukan gombalan semata.

hey, itu rasa aku. kejayaan itu sebenarnya subjektif kau tahu.

dan aku teringat bait2 kata Abdullah Jones. aku tak mahu menjadi babi peliharaan yang dibela, digemukkan, dibunuh lalu dimakan. disembelih pun senyum.

huh, sangat teratur dan mudah lifenya.


lagi sekali.
tak lama lagi beb..

5 comments:

fat said...

blog kau bgus la =) slmt brkenalan..

fat said...

mr penkek. saya link awak yer..

Nyetok said...

Hooaaalaaahh tepuk2..!!! Blues Untuk Aku.. Aku pon nak link ko jgk la nnt.

Fairuz said...

urghh..kejayaan...

aku mahau kejayaan..

penkek said...

erm, link? bleh2. sila2..huhu~

semalam, aku tinggalkan