Thursday

bukan repekan gombal

Huh. penat selepas pulang daripada skul. hajat mahu membeli milo ais di kafe, tetapi kaki aku terus-terusan saja melangkah ke hadapan mahu segera sampai ke bilik.

ermm, lain kali saja.

kisah aku dan lab masih belum berakhir. berhenti. aku tak mahu berkata apa2 tentang lab yang menyeksakan jiwa aku setiap hari. ditambah pula dengan penghawa dingin yang tak mahu berfungsi meskipun sudah berkali2 dibaiki. aku sudah runsing dengan beberapa tukang baiki penghawa dingin yang bersesak2 dalam lab aku. damn. cukup untuk hari ini.

pagi tadi. wah, hari ni ada kelas autocad.

"walk faster! class start at 11. not past 11!"

arrgghh. benci. aku mengesot ke kelas di depan kau baru tahu.

kelas berlangsung 15 minit saja. aku isi 15 minit itu dengan bual2 kosong, merapu2 dengan teman. oh, aku memang konsisten bila merapu.

aku sudah bosan menjadi seorang yang pseudo intelektual selama 4 tahun. sesiapa tolong keluarkan aku dari dalam dunia plastik. dunia aku ini hanya gombal semata.

ahh, tak lama lagi.. tak lama lagi beb.

No comments:

semalam, aku tinggalkan