Friday

gembira di hujung tahun

Salam pagi Jumaat yang penuh dengan kebahagiaan hendaknya.

semalam aku dengan member2 merempit ke pesta dek penangan bosan setelah membuat pelbagai aksi2 akrobatik di atas katil. berbayarkan 5 tiket masuk; 2 dewasa dan 3 kanak2 walaupun 6 orang yang menyumbat masuk. haha, aksi silap mata percuma daripada kami kepada pak guard pesta selama kurang 5 saat.

kami mengisi perut sebelum berjalan2. aku memesan sirap laici dan nasi goreng daging black pepper. terkejut beruk aku bila terpaksa membayar RM3.00 untuk segelas air sirap laici yang cuma ada laici seketul dua. bodoh!! kalau macam ni baik aku beli sirap laici kat parit buntar dulu buat bekal kat pesta. nasi goreng aku tak habis kerna perut aku sudah tak biasa dengan makan malam. mungkin juga ditambah dengan harga air yang sama dengan harga sepinggan nasi goreng.

kasihan perut. kasihan not2 aku yang dibawa pergi.

kami meronda2 di setiap kedai. aku sempat merembat selipar. tak ada banyak yang menarek, tapi aku rasa kalau bawak family, sure bleh habis beribu. memang banyak barang2 untuk keluarga. dan juga banyak barang2 siam. secara kesimpulan, aku bagi 3 1/2 bintang.

lepas jugak hajat aku nak ke pesta sebelum abis study ni. untuk teman2 yang turut sama bergembira dengan aku, trimas kerna menghabiskan masa ujung tahun kalian bersama aku.

errmm, selepas ini ke mana pula kita? huhu..

6 comments:

nidzamharjoh said...

Wahh, sempat lagi berpesta sebelum tahun baru. Anyways, Selamat Tahun Baru! Btw, thanks for the comments and earlier post about Quaintlab. really appreciate it!
tp kite penah bejumpe ke sebelum ni?
di mana ya?

penkek said...

hoho.. slamat tahun baru jugak. aku suka dengan artworks ko. superb beb!! keep it up!!

nidzamharjoh said...

Thanks beb! But are u one of those ppl I know from photoshopworld conference?

penkek said...

ermm, ko rasa?

nidzamharjoh said...

Aik, main rase2 plak budok nie!

penkek said...

haha.. taklah..

ermm, sori beb. tapi aku ni low profile.huhu~

semalam, aku tinggalkan