Monday

terhenti waktu buatku

2.19 a.m.

Aku masih lagi setia di hadapan pc, tatkala malam semakin pekat menghitam. tatkala subuh mula merangkak untuk mengintai segenap lantai bumi milik Ya Rabbi.

dan di kala ini, ketika dingin mula menggigit segenap tulang temulangku, tiba2 saja hatiku terdetik. soalan yang sebenarnya aku sering saja elakkan. "adakah aku sudah siap sedia untuk menghadapi kematian?"

semua sudah sedia maklum, mati itu bila2 saja boleh menyinggah, dijemput Izrail. cuma adakah bekalan kita cukup untuk kita bersedia menghadapi mati? menghadapi kehidupan seterusnya, yang kekal abadi?

hari ini, aku ditemani keluarga, sahabat handai serta insan yang aku cinta. namun bagaimanakah aku nanti jika mereka yang aku sayangi pergi meninggalkan aku? yang jelas, aku akan keseorangan. keseorangan menghadapi semua itu. adakah aku telah bersedia? dan bagaimanakah rupa Izrail ketika saat mencabut nyawaku nanti? adakah secantik yang digambarkan oleh Rasulullah jika cukup segala amalan dan pahalaku? ataupun seburuk yang tak pernah aku terfikir dek kerna dosa yang mengepalai amalanku?

paling aku risaukan, adakah aku sempat untuk bertaubat atas segala dosa2 silam yang aku lakukan? dan apakah Tuhan masih mahu mengampunkan hamba-Nya yang hina ini?

aku sedar, imanku tak ubah seperti buih2 di pantai. keinsafan hanya wujud bila mana kesusahan menghimpit diri. ketika sempit, baru sejadah yang kucari. sujud yang hanya merintih meminta dikurangkan beban untuk menghadapi ujian hidup. boleh dikira dengan jari dahiku direndahkan ke bumi demi mengharapkan secebis kasih sayang daripada-Nya.

Ya Tuhan, ampunkan dosaku. sesungguhnya aku ini sudah terlalu jauh dari-Mu. dekatkanlah hatiku dengan-Mu ya Allah!! Aku takut akan kehilangan kasih sayang-Mu..

semoga keinsafanku hari ini tak akan mati dan terus mekar, seperti mana yang Engkau telah suburkan keinsafan kepada insan2 terdahulu dariku. Amin..


5 comments:

rainingheaven said...

i've thought of it.. it still worries me.

Nyetok said...

lama xjenguk.. lama gak ko xhapdet

m said...

eh, tangan aku. huhu~

en_me said...

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. uhuhu

en_me said...

assalamualaikum tuan rumah,

mengisi pulut ke dlm buluh, buat lemang juga ketupat, menyusun jari nan sepuluh, maafkan me wahai sahabat..

selamat hariraya maaf zahir batin dari en_me

semalam, aku tinggalkan