Tuesday

perpisahan

7.29 a.m.
arini adalah hari terakhir aku untuk bergelar sebagai seorang student chemical engineering. aku yakin, aku pasti akan merindui hari ini. kesemua temanku akan pulang ke pangkuan keluarga masing2.

entah bila boleh aku ketemu kalian lagi.

dan jikalau boleh Tuhan, aku mahu waktu ini diperlahankan, agar aku dapat menikmati setiap saat hari ini dengan bererti.

bukan aku tak pernah alami perpisahan seperti ini. di sekolah dan di matrik juga aku berpisah dengan teman2. tapi mungkin ini tempoh waktu paling lama aku bersama teman2 jauh daripada kampung halaman. dan mungkin juga kerna aku sudah dewasa. zaman remaja dulu lain feelnya mungkin.

aku bakal rindu pada saat kita gelabah lewat ke kelas. saat kalian memberi sokongan pada aku ketika aku bergaduh dengan rumet dahulu semasa tahun pertama. saat kita ditakdirkan untuk sebilik bersama pada tahun kedua. saat kita berjalan2 ke penang dengan hanya menaiki bas. saat kita sudah punya transport untuk berjalan2. saat kita berbuka puasa bersama2, masak bersama2. saat nor gembira mahu membeli laptop dan kehilangan laptopnya dalam tempoh kurang seminggu. saat zamm temui cinta pertama. saat nor membongkar kecurangan kekasihnya, kita tabah bersama2. saat aku jatuh, kalian hadir hulurkan tangan. saat aku gembira, kalian juga turut gembira.

ah, terlalu banyak kenangan yang sukar untuk aku ungkapkan. buat teman2, aku minta maaf jika ada terkasar bahasa. harapnya kalian halalkan makan minum aku. tanpa kalian, pasti aku tidak akan menjadi sepertimana aku pada hari ini. aku sayang kalian.

dan di kala ini, aku sudah terasa kehangatan rindu pada kalian!

3 comments:

fat said...

kalo sy jd kamu, sy pasti akn merindui knangan ktika jd student jgak...

nUUr said...

slmt bergrad kamo' :)
smoga cpt dpt kije

en_me said...

wah, ramainyer abis belajar nih.. semoga berjaya mendapat kareer yg baik baik.. jgn memilih sangat nooo

semalam, aku tinggalkan