Tuesday

merdeka sudah

Salam hari selasa yang penuh keindahan.

tau mengapa aku katakan hari ini indah? kerna hari ini hari merdeka aku. telah lengkap sudah segala keperluan aku dalam usaha untuk menggenggam segulung ijazah. cam tak sangka pun ada. sebab selama 4 tahun, diam tak diam, dalam aku sering merungut kebodohan aku memilih bidang ini, akhirnya hari ini semuanya telah selesai. tiada lagi perasaan malas mahu ke kelas mahupun menghadapi situasi lambat ke kelas. tiada lagi assignment yang harus ditiru, tiada lagi lecturer untuk dikutuk2. tiada lagi orang desa yang sangat koya..

dan juga tiada kawan2 yang bersama aku pada hari ini, untuk hari2 esok yang mendatang.

gembirakah aku selepas ini?

aku akan rindui saat2 ini. untuk teman2, terima kasih kerna telah menghiasi hari2 aku dengan memori2 terbaik daripada kalian. semoga kita bertemu di hari muka. membawa cerita2 baru yang ingin dikongsikan bersama. aku akan tunggu hari itu tiba.

* * * * * * * * * *

hari ini aku telah bertegas demi masa depan aku. aku rasa aku telah lakukan sesuatu yang betul; untuk pertama kalinya mungkin. huhu..

ahh, sampai sini saja.


*photo oleh brambura33

1 comment:

MamaFaMi said...

The way you wrote this entry, mama pulak yang terasa macam nak jerit...MERDEKA!!! MERDEKA!!! Hehehe... Anyway, all the best in your future ya...

semalam, aku tinggalkan