Sunday

Nah, aku telah menjawab tagmu!

Atas dasar tanggung jawab kemanusiaan, aku menjawab tag nuur. nah, ini tag aku yang pertama:



~5 laman web kegemaran aku~


1. Hemlock Sechewen
entah kenapa, aku menjadi ketagih untuk membaca entri2 keluaran encek ares bahar. setiap bait2 katanya adalah superb pada pemikiran aku. aku tidak tahu adakah setiap entri beliau berdasarkan realiti hidup beliau atau fiksyen semata2, tapi aku kagum dengan jalan penceritaan brader ni. mungkin saja dek kerna tempias influansi kerjaya beliau sebagai seorang penulis skrip. walaupun aku tak pernah mendengar namanya di mana2 drama mahupun filem tempatan, namun secara jujur, dia adalah salah satu sumber inspirasi aku dalam blogosfera ini. malangnya baru2 ini, kesemua entri2nya telah dilupuskan daripada blog beliau. untuk pengetahuan, sudah menjadi satu trademark beliau untuk melupuskan entri2 tersebut setiap kali beliau merasa bosan atau malu dengan entri2 terdahulu beliau. pelik tetapi benar. walau apapun, aku tetap menantikan entri terkini beliau.

2. muntahkahak
ini adalah satu blog sajak yang harus kalian lawati; jika kalian seorang ahli jiwa. sajaknya menarek untuk dibaca; dan juga kadang kala menjadi inspirasi untuk aku berblog. mengambil pendekatan yang jauh berlainan daripada penulis Semusim Di Neraka dan seangkatannya, encek Aizattarmizi menghamburkan rasa kebrontakan jiwa dengan susunan bait2 sajak yang puitis. sajak2nya kadang kala membuat aku banyak berfikir.

3. Digital Photography School
ini bukan aku jika tak berbicara tentang fotografi dan photo editting. haha. tak dinafikan blog ini banyak mengajar aku tentang teknik2 fotografi yang betul dan juga skill photo editting yang baru. buat para peminat photography arts, laman web ini sangat secocok buat kalian. ia juga cocok untuk kalian yang baru mahu berjinak2 dalam dunia fotografi.
ini juga termasuk dalam senarai pendek dalam mesti-lawat-laman web aku. seperti yang pernah aku katakan dalam entri terdahulu, Saiful Nang adalah tokoh wedding photographer yang cukup aku kagumi kerna beliau bukanlah seorang yang punya pendidikan formal dalam arena fotografi. namun kerna minat yang mendalam, hari ini beliau boleh berbangga dengan hasil kerja beliau yang sangat superb. baru2 ni, Candidsyndrome milik beliau telah mengeluarkan buku mengenai durasi lebih dari 3 bulan tentang perkahwinan Ning Baizura dan suami. nah, siapa kata wedding photographer tak boleh pergi jauh?link di atas adalah fotopages Saiful Nang, dan bukannya Candidsyndrome. aku kurang pasti kenapa laman web rasmi Candidsyndrome tak boleh dilawati. namun aku suka dengan iklan tak formal CS (singkatan untuk Candidsyndrome) di bawah ini. agak sedikit geli hati. haha.


5. Syahrin Aziz
ini satu makhluk genius yang punya idea2 fotografi yang superb. baru2 ini beliau telah menjadi publicity photographer untuk drama siri sempoi, Sindarela. tak hairanlah kalau montaj untuk drama siri tersebut cukup mantap hasil idea2 beliau. aku kira ini adalah satu tranformasi besar untuk drama2 tempatan. kini siapa boleh beritahu aku siapa publicity photographer untuk drama siri Spa Q? kerna artwork untuk montaj drama tersebut juga tak kurang menarek. link di atas adalah untuk fotopages beliau, kerna pada fikiran aku, fotopages lebih update dengan artwork2 terkini. untuk ke laman web rasmi beliau, sila ke sini. dan juga ke sini untuk lebih gambar2 diari perkahwinan beliau.

ermm, aku tak mahu tag entri ini kepada siapa2. bukan mahu berlaku kejam, tetapi silakan jika kalian untuk mengtag diri sendiri jika mahu berkongsi laman web kegemaran kalian.hoho~

*fhoto daripada Chemicalgirl666.
kali ini aku bermain2 dengan effect blur dan lighting effect. maaf, tak dapat memberi informasi seperti selalu kerna aku telah terlupa untuk menyalin details tentang teknik2 yang aku gunakan.

1 comment:

Anonymous said...

nice blog choices..

semalam, aku tinggalkan