Monday

Isnin. permulaan yang tak indah di hujung Februari.

Semalam adalah Isnin aku yang tak indah.

Aku bangkit dari pembaringan agak awal, pukul 8.15 pagi. awal. hasrat aku untuk menyambung report 1 fyp yang maseh juga belum siap. seharusnya aku submit kepada Dr. Azlina selepas raya cina yang lepas, tetapi sengaja aku tak hantar. kononnya sudah jatuh cinta dengan pengarangan report fyp. jadi, perlu ambil masa untuk ilham2 penulisan datang menyinggah. kononnya banyak sana sini yang mahu ditokok tambah. mengarang sambil diselang seli dengan hirupan sechewen nestlo panas sangat feel. kononnya.

8.45 pagi.
aku dikejutkan dengan panggilan rindu daripada Dr. Azlina. tiba2 rasa gelabah. tiba2 rasa semua jadi tak sempat. aku cuba abaikan panggilan rindu tersebut, dengan berpura2 buat kool seolah2 tiada apa yang berlaku pada beberapa minit lepas.

aku tekad untuk menyiapkan sehabis mungkin report aku, walaupun aku tahu ia tidak akan sesempurna mana. janji hantar. tiba2 seorang teman yang juga bawah seliaan Dr. Azlina menegur aku di ym.

"Tadi Dr. call ko, tp tak dapat. dia pesan suruh hantar report 1 sebelum pukul 10."

hah? gelabah aku makin kuat. jari2 aku kini ligat 3 kali ganda daripada kelajuan biasa. cuba habiskan secepat mungkin. terasa jarum jam berdetik lebih laju daripada hari2 biasa.

aku tiba di depan pintu bilik Dr. setelah selesai print helaian kertas report dan membinding dengan keadaan yang maseh tak mandi pagi. berharap Dr. tiada di bilik, membayangkan Dr. mungkin ke kelas; tetapi kecewa pabila pintu biliknya tak berkunci. aku gagahkan diri untuk memulas tombol pintu itu setelah aku kumpulkan sisa kudrat dan semangat yang ada.

* * * * * * * * * * *

tak menarek untuk aku ceritakan sepanjang aku berada di dalam bilik Dr. cukup aku katakan, bontot aku terasa panas dan telinga aku berdesing hebat. aku kembali ke bilik untuk mandi. mengejar kelas design pukul 11 pula.

selepas kelas design, seorang teman berlari2 anak memanggil aku.

"Dr. Azlina nak jumpa!"

haih. nak aper lagi Dr. aku sorang ni. demam ke haper dia arini? selepas kelas, aku bergegas ke bilik Dr.

"saya dah tanda report awak. banyak sungguh yang kurang sana sini. saya bagi awak tempoh untuk awak perbetulkan report ni."

haihh, cerewet sungguh dia ni. layan jer la. sebab sebahagian besar markah fyp aku terletak di tangan dia.

aku terus menghadap pc setelah selesai makan tengahari, untuk memperbetulkan report aku. tak lama selepas itu, jasad aku telah berada di pembaringan tanpa aku sedar.

* * * * * * * * * * *

aku mimpi.
menjelma merry go round kembali.
menjelma dalam kepala.
menjelma dalam seisi ruang hati.
mengajak aku berbuai tanpa henti.

semuanya bukan omongan gombal. arrgghh, kalau boleh diulang memori kanak2 aku yang sangat bahagia. kedengaran sangat childish, tapi kini aku benar2 dalam kesakitan.

kesakitan dalam transformasi menjadi seorang dewasa yang sangat annoying. shit.

*gambar oleh Aurelia dan diedit oleh aku.

1 comment:

nUUr said...

haha..bagus la dr mung,cari mung sokmo.leh push wat fyp.ak bnyk gi dok siap ni,model2 pon xsiap.tulis2 lg aa..ape2 pon gudluck la dgn dr mung tu.ahha. comey gamba.pnda gilo mu edit

semalam, aku tinggalkan