Saturday

Aku perlu menyedut nafas udara baru

Bukan aku mahu menyembunyikan diri daripada blog aku. dan jauh sekali untuk bersara daripada blogosfera. aku cuma tak mampu untuk berbicara seperti sebelumnya. diri aku dihimpit dengan tugas2 seharian yang meminta untuk dilunaskan. aku memang stuck in the middle. antara komitmen hidup realiti atau kehendak naluri. jikalau kalian menjadi aku, yang mana satu akan kalian lakukan dahulu? aku setuju dengan lidah. benarlah, life seperti ilmu hisab; susah. dan suka menyusahkan.

aku bangun lewat daripada hari2 biasa. sebenarnya aku dah terjaga pukul 8 pagi tadi, kerna sakit perut yang menyerang menuntut aku untuk menguatkan semangat untuk ke tandas. tetapi, itu bukanlah yang merunsingkan kepala otak aku. pagi tadi aku mungkin terlalu banyak berfikir. bila memikirkan masa depan, buatkan aku seram sejuk. dan tidur adalah jalan penyelesaian sementara yang dapat aku lakukan.

sejak kebelakangan ini aku terasa aku tak berapa masuk dengan member2 aku. ntahlah, tapi jika berbual dengan mereka, aku lebih banyak untuk senyapkan diri. hanya sesekali bersuara untuk mengiyakan pendapat mereka.

seperti satu perasaan yang aneh. ermm, mungkin saja rasa hati aku telah mati.

ah, anggap saja ini sebagai satu evolusi. evolusi dalam suatu ruang masa yang terhad sebelum kematian datang menjemput.

sebenarnya banyak cerita yang ingin aku khabarkan, tetapi mood aku hilang. ohh, gloomy sungguh hari ini. walaupun matahari memancar terik di luar sana.

*fhoto ini diambil oleh doal84 dan diedit oleh aku.

3 comments:

nUUr said...

hoho..wameza.com telah lahir jua.see see..hehe. tq

Anonymous said...

aku rasa setiap orang akan menghadapi masa macam kau tu...kurang bercakap dengan kawan² atau kurang masuk macam biasa...

Mr. Sham@poksey said...

Sedut jangan tak sedut.... tetapi jagna sedut udara di tepi atau dalam tandas sebab ianya ngak berapa enak... adush.. hahahahaha

semalam, aku tinggalkan