Wednesday

secawan white coffee & whiteroom

Hallo seisi dunia hari ini..

baru hari kedua di tahun 2008 sudah membosankan aku. benar.

selepas 2 jam kuliah design yang gila seksa jiwa, aku dan member2 aku pergi membunuh kebosanan dengan menonton National Treasure 2 di sunway carnival. jawapan aku: boleh tahan. sekuel kedua ini tak banyak penghuraian teka teki jika dibandingkan dengan yang pertama. namun ia masih mampu buat kami terhibur. aku mahu baling telur kepada mereka yang memberi 3 bintang kepada filem ini; dan sebaliknya memberi 3.5 bintang kepada filem anak halal. buta agaknya. buduh!!

kami singgah di kopitiam di bawah mall itu untuk memenuhi perut2 yang merengek minta diisi. di sini, perlu menanda sendiri borang pesanan. seperti di key's char kuey teow, kata member aku. menu aku: bihun sup, telur separuh masak 2 biji dan secawan hazelnut white coffee dalam cawan kopi old skool. mulanya aku mahu egg toast (kalau tak salah aku), tetapi telah tersalah tulis oleh zamm. huhu.. sedikit kecewa namun white coffee menjadi pengubat kekecewaan aku. sedap dan berbau harum.

malam aku hari ini aku isikan dengan membuka candidsyndrome daripada saifulnang. buat mereka yang mahu atau baru berjinak2 dengan dunia fotografi, mungkin laman web ini mampu menjadi inspirasi kalian. aku yakin, dia telah menjadi idola kepada snapmaniac yang lain. seperti aku.

aku suka dengan idea whiteroom. mungkin suatu hari nanti aku dapat beraksi di whiteroom dan menghasilkan gambar2 yang menawan juga.

oh Tuhan, aku mahu sebijik dslr sekarang!!

*journey aku hari ini tidak membawa kamera kesayangan. maaf untuk gambar yang tidak berapa jelas hasil daripada kamera 2.0 mega pixels.

No comments:

semalam, aku tinggalkan