Wednesday

kepala pusing-pusing

Bukan aku tidak mahu menaip entri baru. bahkan sudah berkepuk-kepuk draft-draft yang sudah aku taip separuh jalan, terhenti begitu saja. maaf atas kelewatan entri baru. hujung minggu lalu, aku ke kampung menjenguk opah yang telah dimasukkan ke wad di GH. hampir dua hari aku hanya tidur-tidur ayam, kerna menjaga opah di hospital. aku mengambil alih tugas mak, kerna bimbang kesihatan mak turut terjejas akibat menjaga opah seorang diri.

pesan apak, "jaga orang sakit ni, buat orang sihat juga sakit sama. kamu jangan lupa jaga kesihatan kamu."

benar kata apak. tapi aku tak kisah. aku sayang benar opah.

kondisi opah semakin hari semakin teruk. kata doktor, opah menghidap anemia, dan juga suspek leukimia kerna paras hemoglobinnya tersangat rendah. doktor juga sudah scan perut opah, bimbang jika ada tumor dalam perut kerna opah memang tidak lalu makan. sekarang, peha opah sudah sama kurus dengan betis. jika semasa sihat dulu, berat opah cuma mencecah 28 kg. aku tidak tahu berapa berat opah sekarang. dan aku tak mahu tahu.

petang ahad itu, aku kembali ke kampus kerna ada kelas pagi senin. aku lihat mata opah bergenang. jelas nampak berat di mata opah untuk melepaskan aku pergi. aku janji dengan opah, aku akan pulang setiap minggu.

dan malam itu, mata aku basah tak henti-henti. gelisah, takut, risau. semuanya bercampur baur.

# # # #

Syukur kerna lab fyp aku hampir sampai ke penghujung. mungkin selasa depan aku boleh melambai2 tangan kepada lorong gelap yang menuju ke lab aku. bermakna aku tidak perlu berjumpa dengan budak master, berpura2 ramah demi mendapatkan kunci lab. tak perlu mencium bau solvent yang menusuk hidung dan kini petang aku terisi dengan tidur nyenyak tanpa ada mimpi ngeri sampel yang sudah contaminated.


selamat tinggal semuanya!! mari dapatkan semula kehidupan. haha.


pagi tadi ada kelas design. tiba-tiba saja Dr. memanggil nama aku. huh, sejak bila Dr. tahu nama aku? dan bertanyakan soalan yang aku sendiri kurang dengar. terus-terus saja aku menjawab, "ermm, tak kot."


"kot
means you don't have confidence in your answer."

haiihhh.. tahilah engkau ni.


"ermm, ok. no." jelas saja jawapan aku.

sorilah Doc., aku kurang berminat dengan apa yang engkau ajarkan. satu pun tak melekat dalam kepala otak. aku juga tak berminat untuk berfikir tentang persoalan yang engkau ujarkan.
dan jangan pula engkau mahu emo-emo dalam kelas. sedikitpun aku tak amik pusing. aku hanya mahu pulang.

tiba-tiba teringat bait2 puisi Abdullah Jones.

jalan malam, hati-hati.
jangan sampai terpijak taqwa.


memang tak ada kena mengena dengan entri aku. haha..

saja teringat..

5 comments:

Nyetok said...

Pekate ko sound tepek je lecturer ko tu.. Ada berani? hehehe

nUUr said...

ak doakan opah mung lekas sehat

fat said...

saya sangat teruja dgn puisi tue

penkek said...

nyetok -- kalau aku mahu mengextendkan diri, dah lama aku buat macam tu..haha..

nuur -- trimas nuur. opah aku dh tubik dr wad. mekasih atas doa2 kalian.

si gadis -- aku pun teruja juga. bait2nya sangat simbolik. sampai termimpi2..haha

Yaya said...

moga opah cpt sihat

semalam, aku tinggalkan