Wednesday

CINTA. tak pernah mati

8.09 a.m.


D
alam waktu2 sebegini, pagi aku sering terganggu dengan sakit perut yang menerjah. ermm, dah sampai masa untuk melabur, haha. tetapi yang tak bestnya, mimpi indah aku sering tergantung separuh jalan. cis, celaka betul perut ni.


minggu lepas masa aku lebur begitu saja gara2 menyiapkan task 1 design yang harus dihantar pada senin yang lepas. terseksa la jugak kerna aku yang menjadi ketua untuk task itu. bukan mudah sebenarnya untuk menjadi ketua. untuk meng'compile' saja kesemua bahagian tugas yang telah disubmit oleh ahli2 kepada aku sudah memakan masa yang agak lama. namun segala pahit maung aku telahpun berlalu.


kesimpulannya, memang tak menarek bila menjadi seorang ketua untuk design yang membebankan.

ok, lupakan kisah itu. aku ada suatu yang lebih menarek untuk dikhabarkan. lebih menarek daripada task design. sempena tahun baru ini (walaupun sudah hujung bulan Januari), aku ketemu dengan kalendar yang sangat kool. isikan saja tarikh hari ini, dan hasilnya semua manusia yang memegang tarikh2 yang lain akan memandang kepada manusia yang memegang tarikh hari hari ini. masih blur dengan apa yang aku cuba terangkan? lihat saja
sini.

buat si photo maniac pula. aku terjumpa web site
fabio lana, seorang italian photographer yang baru berusia 22 tahun daripada chot. cantik benar websitenya. memang super creative untuk photographer muda seperti beliau. tahniahlah daripada aku untuk beliau. berharap suatu hari nanti aku juga punya website dengan showcase yang sangat kool seperti itu.

aku juga terbaca interview dengan Hamad Darwish, seorang photographer yang mensnap gambar untuk Vista wallpapers. buat si pengguna setia Vista, aku yakin artwork beliau kini berada dalam simpanan kalian. huhu. berbekalkan 8.2MP Canon 20D Digital SLR dan dikelilingi sineri yang indah, beliau berjaya menghasilkan koleksi gambar yang superb dengan bantuan Adobe Photoshop 2 untuk sedikit kesan filter.

aduhai, aku kagum benar dengan mamat Kuwait sorang nih! nasib beliau memang sangat baik kerna diterjah oleh Microsoft ketika baru 2 tahun bergelumang dengan kamera.

cinta aku pada fotografi tak pernah luntur. benarlah seperti kata aresbahar. cinta itu adalah kombinasi keterujaan, keghairahan, kegembiraan, tanpa batasan, penuh lampu neon dan harus ada unsur pertaruhan.

cinta adalah Las Vegas!

4 comments:

Nyetok said...

Ko bidang fotografi ek? Ada online gallery x? Flickr, picasa..? Nak tgk artwork ko.

Dark side, cinta itu memenatkan.. kadang-kadang cinta membuatkan si pencinta menjadi seperti seekor katak yg berada di atas tahi kerbau..

penkek said...

huhu.. aku tak ada Flickr, picasa mahupun apa2 yg seumpama dengannya.huhu.. artwork aku hanya aku pamerkan di blog aku..

Anonymous said...

cinta itu nafsu...

*ha ha*

bila nak angkat dslr ni tirah.. tangan aku gatal nak amik gambar da ni.. ha ha

Ares Bahar said...

Dah lupa pernah mengeluarkan kata-kata sebegini...Cinta itu Las Vegas...

:)

semalam, aku tinggalkan