Thursday

berbicara tentang glamor

salam rintik-rintik hujan di malam jumaat..


kembalinya aku setelah seminggu pulang ke rumah. membantu adik aku menguruskan apa2 yang patut. adik aku bakal meneruskan perjuangannya di UPSI, sebagai seorang bakal pendidik. mengikut jejak langkah kakak dan abang ipar aku. tahniahlah kepada dia. dan tahniahlah kepada sesiapa di antara kalian yang bakal bergelar pendidik. bukan senang mendapat peluang untuk belajar dalam mengajar. belajar tentang kehidupan.

malam tadi aku mendapat majalah baru, GLAM tajuknya. itupun si dia yang membayar majalah tersebut. jikalau tak silap,
mohdismail pernah menulis entri berkenaan buku ini suatu ketika dahulu. setelah puas membaca sedikit dan selebihnya membelek2, ternyata majalah ini kurang cocok dengan jiwa aku. mungkin sesuai dengan kalian yang gemar akan fesyen, aku syorkan majalah ini untuk kalian. namun banyak gambar yang menarek dalam majalah ini. sesuai dengan jiwa mereka yang gilakan gambar2 yang menawan.

apa yang menarek perhatian aku tentang majalah ini ialah Nor Aliah Lee Abdullah dan persepsi glamor. siapa yang tak kenal dengan Nor Aliah Lee, janda si Aziz M. Osman. secara jujur, dahulu aku kagumi dengan wanita berkeluarga ini. mualaf yang manis bertudung dan lebih bijak bergaya daripada wanita Melayu seusianya. sekali pandang, tak ubah macam perempuan Melayu tulen. cekap pula menguruskan kerja2 di belakang tabir. pun begitu, hari ini beliau tampil dengan aksi yang lebih berani. bukan sekadar membuka tudung. uh, ranap sudah persepsi baikku.


Glamor. sapa yang tak suka. menareknya, aku cukup suka bila majalah GLAM memperihalkan maksud glamor dalam interpretasi yang tersendiri. mengungkap srikandi2 seperti Cik Siti Wan Kembang, Tun Fatimah dan Ibu Zain (seorang aktivis politik), glamor dalam kehidupan masing2. glamor tak bermakna perlu berbelanja RM10, 000 di karpet merah, tampil dengan rambut macam bulu ayam, dedah sana sini. glamor itu lebih kepada kesungguhan dalam apa yang kita kerjakan, dan menjadi diri sendiri. tak perlu menjadi orang lain untuk menjadi orang.
ingat itu.

mari, kita menjadi glamor dalam dunia kita sendiri. dan itu erti sebenar bagi sebuah glamor yang memuncak. seperti kata Remy si tikus Ratatouille,

"Change is nature, the part that we can influence and it starts when we decide".

No comments:

semalam, aku tinggalkan