Yeahhh..
hanya tinggal aku, dan semestinya dalam blog ini manusia-manusia hipokrisi itu tidak wujud.. dan tidak akan pernah wujud.
ini entri pertama aku..
agak janggal sebenarnya bila aku mula menulis, kerana bidang sebegini sudah lama aku tinggalkan. kali terakhir yang aku ingat; sewaktu aku form 5. dan ada kisah hitam di sebalik bidang penulisan ini.. errmmm, nantilah aku gebangkan pada kalian. pelik, bukan mudah untuk menyakitkan hati sendiri, tetapi mudah pula mengguris hati orang lain, benar bukan?
hidup aku mudah, bangun pagi (yang tak berapa pagi), pergi ke skul (di sini kami memanggil fakulti itu school), balik semula ke hostel, tido selama mungkin, dan malam-malamku terisi dengan membuka friendster. sekali sekala melayan rakan-rakan yang menegur aku menerusi yahoo mesengger, skype dan tak kurang google talk. akhirnya, di penghujung semester, bertungkus lumus untuk menyelamatkan diri yang hampir-hampir kecundang di atas meja exam.. seringkali mengetuk-ngetuk kepala agar berubah.. tapi macam tu jugak.. huhu~
hidup aku begitulah.. sehingga terdetik hati aku untuk membuka fotopages sendiri (baru jer semalam, haha) dan akhirnya blog, walaupun bukan berdiri atas nama sendiri..itu tidak mengapa. cukuplah untuk aku yang baru bergelar beginner ini.
dahulu bukan tiada orang yang mengajak aku join benda alah ni, malahan aku diajak untuk membuat domain sendiri.. tapi nantilah, aku lebih suka mengikut aturan alam..merangkak bertatih, berjalan dan akhirnya berlari sehingga penat.
hipokrisi? ohh, jangan salah paham.. hipokrisi itu aku rujuk kepada manusia-manusia di luar sana.. bukan kesemuanya, hanya segelintir.. tapi walaupun segelintir, cukup membuatkan aku lemas. lemas .dan hampir mati. aku cuma mahukan satu dunia yang tulus.
aku? mungkin juga seorang hipokrisi di luar sana, sama seperti mereka. seperti yang aku katakan, aku mahukan sebuah dunia yang tulus. di sini, di ruangan yang sempit ini, aku tidak menipu.cuba berkata benar. jujur. ikhlas.
ohh, seperkara lagi.. aku obses dengan fotografi dan photoshop.. jadi bagi kalian yang tidak gemar gambar asal diedit-edit, aku ingatkan sila berambus awal-awal dari blog ini.. mungkin intipati blog ini tidak susuk benar dengan jiwa kalian.. dipersilakan dengan sopan.
oleh sebab aku terlalu minat terhadap dua bidang ini, maka aku membuat perkataan sendiri, iaitu snap~graphic. kalian akan mudah benar bertemu dengan perkataan ini di dalam entri aku yang akan datang.
aku lebih gemar membayangkan diri aku di tepi pantai.. aku rasa bagai di penghujung dunia, dan di penamat garisan sebuah kehidupan. kenapa? tanyalah angin, dia yang membelai aku, membuatkan aku rasa begitu..
semalam aku ke bazaar penang bersama seorang teman.di perjalanan pulang, aku berkesempatan melihat bulan yang mengambang molek, suatu pemandangan yang amat indah jika di atas jambatan.. ingin sahaja aku berhenti, tapi beberapa kereta terlebih dahulu memenuhi ruangan itu (sepatutnya bukan boleh berhenti pun). damn!!
tak mengapa, suatu hati nanti pasti aku dapat kejar engkau wahai bulan, bersama teman setiamu wahai laut..
duuhh!!! kenapa pulak entri aku ni sentimental?ermm.. persetankanlah. ini rasa aku.
duuhh lagi!! 12.30 p.m., dan aku masih lagi di bilik, tak mandi..cadangnya nak sambung experiment aku pagi ni, tp nampak gayanya petang ajelah.
dan aku, masih lagi kusut!!!

No comments:
Post a Comment