Monday

aku benci dikau wahai masalah


Duuhh!! lab tadi walaupun tidak bermula seperti kebiasaannya pukul 9 pagi, penatnya masih terasa sama saja.. kalau tahu tadi baik aku pergi pukul 9 tadi. arini aku membuang masa dua jam untuk mendapatkan hanya dua bacaan. sialan duhai fyp.

malam seninku makin terisi dengan menonton Dunia Baru 3. makin menarik, dan banyak perubahan. apa yang pasti, aku suka dengan perkembangannya. bermula dari bawah, mempertaruhkan idea yang segar, lantas kini diikuti oleh ramai remaja. itu tak termasuk mak dan bapak remaja. cuma aku tak suka akan rambut elyana yang sudah mula berbelang-belang. sekali tengok macam kulit harimau pun ada. berbelang hitam dan kuning.

bukan perihal dunia baru yang aku ingin taip dalam blog ni. sekadar selingan, teman. dan tentunya bukan itu yang membuatkan aku kusut pada siang tadi. ya, aku kusut. sudahlah rambut aku sedia kusut, kini ditambah pulak dengan konflik dalaman.

konflik dalaman? ya, benar. aku mengalami masalah dalam diri. kadang-kadang aku tak tahu, adakah aku yang membuat masalah, atau masalah yang buat aku jadi macam ni. dah lama dah aku pikir, dan dah macam-macam aku buat. lari daripada masalah? itupun aku dah cuba, walaupun aku tahu memang langsung tak berkesan. aku dah buat yang terdaya.

"Adanya masalah akan buat kita semakin rendah hati, semakin mensyukuri kehidupan yang satu ini. usahlah mengeluh, kerna Tuhan tahu sejauh mana kudrat kita..."

ya Tuhan, tolong hamba-Mu yang hina ini!!

lupakan sebentar tentang masalah. mari kita bercerita tentang angan-angan. itu lebih menarik dan melapangkan dada. seperti yang aku gebangkan dalam entri pertama, minatku sudah tertumpah pada bidang grafik. aku lebih senang memanggil bidang aku ini sebagai snap graphic, kerna setiap kali gambar yang aku ambil, pasti aku akan edit habis-habisan. bergantung pada mood aku ketika itu. tiada halangan dalam mengembangkan kreativiti, bukankah lebih baik?

aku memang mengkagumi nama-nama besar dalam arena ini, seperti tedadnan, syahrin aziz, moedlatif dan ramai lagilah.. memang kembang lobang idong aku..macam nak pecah..memang berbangga dengan anak-anak melayu kita. dan aku berharap di dalam arena ini, aku masih punya peluang dan tempat. tapi aku perlu sedikit masa. aku bukanlah punya pendidikan formal dalam bidang ni. aku belajar dari pengalaman. dan bukan mudah untuk mengutip pengalaman. ia memakan masa.

teman sekelasku tiba-tiba mem'forward' mesej, D40 kini sudah turun harga di lowyat. menawarkan AF-S DX Zoom-Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G ED II, 2GB kad SD, tripod dan bag sempena ulang tahun nikon yang ke 90. uishh, dah tua nikon ni yer. aku nak yang 1st anniversary, boleh cari?huhu.. tapi aku suka ayat yang penghujung promosi tu..

More brand & model will be available soon

huhu.. sapa2 yang nak grab nikon D40, bolehlah usha-usha di sini. aku memang mengharapkan ayat yang last tu. huhu..

projek baru? tiada apa yang menarik jikalau kalian seorang yang pro blogger. aku baru sahaja mengedit blog aku ini dan sekarang aku sedang menggodek-godek software kesayangan aku; photoshop. bilalah aku nak beli cs3 plak. aku nampak banyak feature yang best untuk dibarai. aku mmg tunggu saat itu. yeahh..

12.36 a.m.
aku terlupa yang aku perlu menyambung fyp aku.. jika semuanya molek, aku boleh proceed dengan perkara yang baru.. kali ini lebih berat. setiap jam perlu diambil bacaan selama 7 atau 8 jam. dan mungkin juga 9 jam.. sabar-sabar. esok mungkin aku boleh meratah seekor dua lembu untuk dibuat sarapan.. haha..

di kala kerja semakin banyak, kelopak mataku semakin berat..





2 comments:

semalam, aku tinggalkan